Sunday, February 14, 2010

CARA PENGGUNAAN CLOTH DIAPERS (CD)

Posted by admin - HABS BABY SHOP at 9:37 PM
1. CD terbahagi kepada 2 bahagian
  • Poket pant
  • Insert
2. Cara memasukan Insert ke dalam poket.

  • Masukkan Insert ke dalam poket. Insert yang dibuat dari microfibre tidak boleh diletakkan secara terus menyentuh kulit baby, kerana kuasa serapannya yang kuat akan menyerap lembapan semulajadi pada kulit baby.
  • Pastikan ditolak kemas sampai kebahagian depan(terutama baby lelaki). Boleh digunakan sehingga 4 jam atau 4 kali basahan(sama seperti lampin pakai buang).
  • Bagi baby yang heavy wettar, boleh dimasukan 2 insert kedalam poket.Walaupun microfleece (bahagian dalam CD yang kena kulit baby) ini sentiasa kering, dinasihatkan apabila hendak menukar insert tukar CD sekali bagi mengelakan bakteria dan ruam lampin jika terlalu lama dipakai.

3. Cara penggunaan CD

  • Penggunaan diwaktu siang
Hanya 1 insert diperlukan untuk penyerapan sepanjang 4 jam(maximum time). Namun ia bergantung kepada berapa banyak baby membuang air kecil.

  • Penggunaan diwaktu malam
Sekiranya baby anda seorang yang kerap membuang air kecil maka di nasihatkan agar memakai 2 insert pada waktu malam.Kedua-dua insert dimasukan ke dalam poket demi penyerapan yang lebih dan anda tidak perlu bangun malam untuk menukar CD.

4. Tukar CD
  • Setiap kali baby anda membuang air besar CD perlu ditukar.Namun tempoh paling lama penggunaan CD adalah 4 jam.
  • Penggunaa CD dalam 1 hari
1 hari 24 jam, 1 CD untuk 4 jam. Jumlah 1 hari penggunaan CD ialah 6 CD.

  • Kegunaan malam dengan 2 insert boleh digunakan selama 4 jam.

5. Penggunaan kali pertama

  • Semua CD yang baru dibeli perlu dibasuh sebanyak 3 kali sebelum menggunakanya. Ianya adalah bertujuan untuk mendapatkan penyerapan maximum daripada CD tersebut.
  • Tidak perlu diberus, basuh dengan menggunakan tangan, gunakan sedikit sahaja sabun(lebih elok gunakan sabun kain jenis kurang buih, tidak mengangdungi Enzyme seperti Enzyme pewangi atau Enzyme pemutih) kerana sesetengah baby mempunyai kulit yang sangat sensitif. Bilas, perah dan jemur hingga kering. Boleh juga menggunakan mesin basuh.

6. Penggunaan hari pertama dirumah pengasuh/nursery

  • Anda perlulah memaklumkan kepada pengasuh, sekiranya baby anda membuang air kecil atau membuang air besar mereka hanya perlu memasukan CD ke dalam plastik(tidak perlu basuh) sama seperti apa yang mereka lakukan dengan lampin pakai buang cuma jangan dibuang sahaja.
  • Bekalkan 4 CD untuk kegunaan anak anda dirumah pengasuh atau nursery.
  • Semasa menjemput anak anda, jangan lupa bawa pulang plastik yang berisi CD untuk dibasuh dirumah.

0 comments:

Post a Comment

 

HABS BABY SHOP Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez