Sunday, February 14, 2010

TIP-TIP TAMBAHAN

Posted by admin - HABS BABY SHOP at 10:41 PM
  • Sebelum dibasuh, keluarkan insert dari CD. Sekiranya tidak ada najis, bilas dan bo;leh terus dibasuh dengan tangan (berus tidak digalakkan terutama berus sabut) atau dimasukan kedalam mesin basuh seperti biasa (seelok-eloknya dimasukan kedalam laundry beg supaya CD boleh tahan lama), kurangkan sukatan sabun 1/4 dari sukatan biasa.
  • Sekiranya baby anda membuang air besar, warna kuning najis agak susah hendak dihilangkan dengan sekali cucian mesin. Apa yang perlu anda lakukan, adalah letakkan cecair sabun pinggan mangkut seperti sunlight di insert dan buat soak mode selama 8 jam. alhamdulillah, kesan kuning semua akan tertanggal.
  • Elakkan menggunakan softener kerana ianya akan meninggalkan lapisan wangian pada CD anda yang mana boleh mengurangkan daya serapan.
  • Diingtakan untuk tidak menggunakan sabun berpeluntur kerana ianya akan melunturkan warna poket pant Cd anda dan boleh merosakan CD atau insert.
  • Bagi insert, seikranya sudah lama digunakan dan nampak kekuningan, JANGAN gunakan clorox (peluntur) untuk memutihkannya. Apa yang perlu anda lakukan, boleh diperahkan dengan limau nipis pada insert yang basah dan ditinggalkan seketika sebelum dibasuh. Atau pun boleh dicampurkan sedikit bikabonat soda semasa membasuh kemudian dibilas dengan air yang dicampurkan dengan sedikt cuka. Jangan risau, kekuningan ini juga boleh hilang apabila dijumur ditengah panas matahari atau setelah insert dibasuh berulang kali.
  • Walaubagaimanapun JANGAN dibuat pada poket pant CD kerana cuka boleh merosakan PUL (material sebelah luar CD) yang boleh mengakibatkan kebocoran.
  • Sebulan atau seminggu sekali, lakukan stripping iaitu dengan membersihkan bahagian dalam dan luar microfleece dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal minyaknya (contoh : sunlight) kemudian dibilas bersih-bersih supaya microfleece dapat berfungsi dengan baik.
  • Biasanya apabial CD sudah lama digunakan dan nampak seperti microfleece kurang menyirap dan air kencing keluar mengikut tepi CD, maknanya stripping perlu dilakukan untuk mengeluarkan kekotoran halus atau mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada microfleece.
  • Insert dan poket pant juga boleh dijemur dalam suhu bilik atau dibawah panas matahari.

0 comments:

Post a Comment

 

HABS BABY SHOP Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez