Sunday, February 14, 2010

FAQ

Posted by admin - HABS BABY SHOP at 11:13 PM
Q: Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Cloth Diapers?

A: Cloth diapers merupakan satu produk inovasi yang dicipta dari inspirasi lampin kain tradisional dan penggunaan ikatan plastik disebelah luar bagi menghindarkan dari kebocoran yang sangat popular suatu ketika dahulu. Penggunaanya merupakan sebagai satu cara alternatif kepada ibu bapa prihatin yang mementingkan kesihatan anak kecil mereka dengan memberikan sikecil anda apa yang terbaik daripada alami. Ia lebih kepada pendidikan tentang amalan keibubapaan yang baik tanpa campurtangan sebarang bahan kimia dan menyumbang kepada penjagaan alam sekitar.


Q: Apakah perbezaan Cloth Diapers dengan lampin pakai buang?

A: Perbezaannya sangat ketara kerana Cloth Diapers diperbuat dari bahan semulajadi seperti kapas dan bamboo dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia seperti yang terdapat dalam lampin pakai buang yang mana penggunaanya diHARAMKAN di banyak negara maju yang mementingkan kesihatan dan alam sekitar. Ianya boleh dibasuh dan digunakan berulangkali seperti pakaian selagi mana anda dapat menjaganya dengan baik seperti pakaian kita yang lain. Ianya terbukti dapat mengurangkan kejadian RUAM LAMPIN yang sering terjadi pada anak kecil yang terdedah kepada bahan kimia yang terdapat dalam lampin pakai buang.


Q: Bagaimana saya boleh mendapat penjimatan dengan menggunakan Cloth Diapers?

A: Anda akan mendapati bahawa anda telah menjimatkan perbelanjaan bulanan anda dalam jangka panjang. Ini kerana anak kecil yang menggunakan lampin pakai buang biasanya akan terus menggunakan lampin sehingga berumur 4 / 5 tahun sedangkan hasil kajian menunjukkan kanak-kanak yang menggunakan cloth diapers akan berupaya membuang air sendiri selepas berumur 3 tahun (potty training). Anda akan membelanjakan RM3k - RM5k untuk seorang anak bagi membeli lampin pakai buang biarpon ianya hanya berharga sekitar RM0.50 - RM0.60 sekeping hingga umur anak anda mencecah 4 atau 5 tahun bagi seorang anak. Cloth diapers didatangkan dengan satu saiz dan ianya mempunyai butang yang boleh dilaraskan untuk muat dengan saiz anak baru lahir hingga berumur 3 tahun atau beratnya mencecah 15 - 18 kg (sila rujuk keterangan produk). - Sila rujuk jadual penjimatan dalam entry ini.


Q: Mengapa saya perlu mencari susah mengendalikan cloth diapers sedangkan saya mempunyai pilihan untuk menggunakan lampin pakai buang untuk anak saya?

A: Soalan ini sering timbul terutamanya bagi ibu bapa bekerja yang sibuk dengan urusan harian di kota. Pada hakikatnya menguruskan cloth diapers tidaklah sesukar yang disangka. Ianya seperti menguruskan pakaian harian anda yang lain. Cloth diapers sesuai dibasuh menggunakan mesin basuh. Anda pastinya akan membasuh pakaian anda saban minggu maka ianya adalah perkara biasa bagi anda bukan? Gunakan 'wet pail' bagi menyimpan cloth diapers sehingga hari basuhan dan gunakanlah sabun yang paling murah kerana sabun yang paling murah biasanya tidak mengandungi sebarang unsur pelembut atau bahan peluntur yang boleh merosakkan fabrik cloth diapers. Keutamaan kita adalah kesihatan anak-anak kita dan anak-anak kita adalah TANGGUNGJAWAB kita!


Q: Harga vs Kualiti?

A: Produk kami ditawarkan dengan harga yang mampu milik dengan TIDAK MENGABAIKAN aspek kualiti produk kami. Pernahkah anda melihat barangan yang sama dijual di kaki lima berharga berlipat kali ganda apabila dijual di dalam pasaraya terkenal? Pada kami ianya lebih kepada segmen pasaran mana sesuatu produk itu ditawarkan. Ada produk yang disasarkan untuk golongan mewah dan ada produk yang disasarkan untuk golongan pertengahan dan bawah. Kami masih mengekalkan cara pembungkusan yang biasa-biasa saja bagi memastikan produk kami tidak mahal hanya kerana bungkusannya yang akhirnya akan dibuang begitu sahaja tetapi kami menumpukan pada penghasilan produk yang berkualiti. Kami percaya anda adalah PENGGUNA BIJAK, maka andalah yang tentukannya.


Q: Adakah pelapik (insert) dijual secara berasingan?

A: Ya pelapik (insert) telah boleh dibeli secara berasingan. Ianya lebih lebar dan tebal daripada pelapik sebelum ini serta didatangkan secara ekslusif dengan label Wuddah setiap satu. Ianya adalah untuk digunakan sebagai pelapik tambahan (double inserts) untuk tempoh penggunaan yang lebih lama terutama pada waktu malam dan sewaktu dalam perjalanan jauh agar anda tidak perlu menukar lampin secara kerap.

*sumber : Awra's Online Store

0 comments:

Post a Comment

 

HABS BABY SHOP Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez